Monday, August 13, 2007



Misteri di rumahku
Oleh: Joleena (44)3E

Aku menutupkan mataku. "Tolong!" Apabila aku terdengar jeritan itu yang mengerikan, aku terus bangun dari tidur aku. Aku melihat jam di tangan aku yang menunjukkan pukul dua pagi. Jeritan yang amat kuat itu masih di dalam kepalaku. Dengan perasaan ingin tahu, aku pergi ke arah jeritan itu. Pada masa itu, rumah aku sudah senyap dan ibu bapa tidak mengizinkan aku untuk menghidupkan lampu kerana mereka takut sinaran sari lampu akan membangunkan adik aku yang berumur dua tahun. Kerana itu, rumah aku berhitam-hitaman. Keadaan itu memberikan imaginasi aku menjadi liar.

Jeritan itu membawakan aku ke pintu untuk menutupkan bilik rehat rumah aku. Aku mengambil tombol pintu dan memusingkannya dengan perlahan-lahan. Apabila pintu itu buka, aku ternampak sebuah lampu yang kecil dari jauh. Sifat ingin tahu menguasikan aku dan membuatkan aku pergi ke arah lampu itu. Apabila aku berdekatan dengan lampu itu, aku berasa tidak puas hati kerana aku medapat tahu tentang jeritan itu dari televisyen sahaja. Aku terus mematikan televisyen itu dan balik ke bilik tidur. Aku baring di atas katil aku dan berfikir di dalam hatiku mengapa televisyen itu boleh hidup pada pukul dua pagi. Oleh kerana terlalu penat, aku menutupkan mataku. Di dalam beberapa minit, aku sudah tidur. Misteri itu tidak selesai.

"Beep!Beep!" Jam loceng aku berbunyi. Aku bangun dan pergi ke bilik mandi. Selepas itu, aku menukar baju dan menyesuaikan rambut aku di depan cermin yang besar. Tiba-tiba, aku berasa ada sesuatu yang dibelakangku.Bulu roma di tangan mula berdiri. Aku cepat pusing tetapi tidak melihat apa-apa pun. Oleh kerana ketakutan, aku berlari ke bilik ibu bapaku tetapi tidak melihat sesiapapun. Aku ingat tentang ibu bapa sedang pergi untuk satu jemputan.

Aku melutut di sudut bilik dan berdoa. Aku terperanjat apabila aku terdengar muzik opera dari bilik aku. Aku berjalan ke bilik aku dengan perlahan dan membuka pintu...

"AHHH!" aku pekik dengan sekuat-kuat hati aku. Di depan muka aku berdapat satu lembaga yang berambut panjang, matanya merah dan berdarah dan dia memakai baju yang merah. Oleh kerana terperanjat, aku berlari dengan cepat ke luar rumah aku dan memanggil ibu bapa dengan telefon bimbit yang aku sedang memegang. Apabila aku melihat tingkap bilik aku, aku terlihat lembaga itu memanggil aku dengan tangannya yang sedang melambai-lambai ke arah aku. Aku menangis dan jatuh ke lantai... Aku pengsan.

"Sayang!Sayang,Bangun!!Cepat bangun!!". Suara yang terniang-niang di telingaku semacam ibu saya. Aku membuka mata dan kelihatan ibu bapa aku. Ibu aku cuka senyum tetapi di mukanya, aku boleh lihat dia sedang menangis kerana dia takut kehilangan aku. Anaknya.

"Apa yang telah berlaku?" bapa bertanya.

"Aku telah lihat...Le...lem..bbaa..ga yang putih yang memanggil aku...di bilik aku," aku menjawab dengan ketakutan.

Imej lembaga itu masih di dalam kepalaku.Aku bermula menangis.

Aku memberitahu mereka tentang aku tidak mahu tinggal di rumah itu lagi. Kalau aku melihatnya lagi...

Posted by jojojoleena at 6:06 PM

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA<3>>>>>>>>>>>


muni; siti; CREDITS

Terima kasih kerana membaca blog saya:):)