Wednesday, February 7, 2007
* Remaja hari ini tidak memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan seperti alat pemain MP3, internet dan sebagainya sebagai teman menghibur diri. Setujukah kamu?Saya tidak setuju dengan pendapat yang diberi. Walaupun remaja sekarang mempunyai banyak alat permain, tidak semestinya mereka selalu bergantung kepadanya. Kita semua mesti ada kawan-kawan untuk berkongsi emosi kita. Apabila gembira, sedih atau marah dan sebagainya. Alasan yang pertama ialah semua alat pemainan tidak hidup. Saya harap kalau kita tidak mempunyai kawan, hidup kita akan sentiasa bosan dan sentiasa menyimpan masalah kita dengan bersendirian walaupun kebendaan sebegini seperti mp3 boleh menghiburkan kita. Kamu boleh kata kamu mempunyai keluarga tetapi, ada sebahagian masalah yang hanya kawan yang boleh menolong. (Issue yang kamu takut memberitahu keluarga) Kalau tidak menyatakan emosi kamu, kamu akan menjadi seorang yang bersendirian. Mereka tidak menoleh ke arah barangan yang mereka ada kerana mereka tidak boleh memberi pendapat. Saya fikir bahawa apabila remaja mendapat barang elektronik yang baru, mereka akan melupakan semua kawan-kawan mereka dan hanya akan menumpukan barangan itu. Tetapi, selepas remaja sudah puas hati dengan barangan itu, mereka akan lupakannya. Kalau remaja bergaduh atau bertengkar dengan kawan mereka, mereka tidak akan lupakan kawannya. Seorang kawan dengan barangan elektronik tidak sama. Kawan sentiasa berubah tidak semacam sebuah barangan. Dengan semua perkataan-perkataan saya, saya berpendapat yang remaja memerlukan kawan-kawan. Kerana hidup akan menjadi bosan dan tidak meria bersama sebuah barangan tanpa kawan-kawan. JJ Posted by jojojoleena at 7:17 AM
